Utama > Al Beloot, Santai, Umum > Hidup Jalan Terus

Hidup Jalan Terus

Salam dari laci kedua…

Senang rasanya bila kita tau ada orang sudi lawat ‘almari’ aku yang tak seberapa ini. Terima kasih pada yang sudi jadi peminat ‘Si Beloot D’ Blog‘ di facebook. Namun aku tak mampu nak janjikan yang terhebat, tapi kalau boleh aku akan buat yang terbaik. Andai ada apa-apa komen bolehlah kiranya di titipkan…

Hidup Jalan Terus…. sehari dua ni banyak pulak kematian. Dari orang biasa yang tak di kenali hingga artis yang tersangat popular…

Apabila ada kematian berlaku, inilah antara ayat standard yang akan diucapkan antara satu sama lain, khususnya kepada mereka yang mempunyai kaitan rapat dengan orang yang telah meninggal dunia.

“Sabarlah.. walaumacamanapun, kehidupan mesti diteruskan. Yang pergi tetap pergi, kita yang hidup mesti meneruskan kehidupan..”

Secara umumnya, tiada yang salah tentang kenyataan itu. Ia salah satu bentuk ayat kita memberi semangat kepada mereka yang terlalu bersedih dengan kehilangan orang yang dikasihi.

Kadang-kadang manusia begitu lemah dan longlai menghadapi kenyataan musibah yang menimpanya apatah lagi kehilangan mereka yang tersayang. Jadi keluarlah kenyataan seumpama ini.

Hidup mesti diteruskan.. Ya tapi kehidupan yang bagaimana?

Meneruskan kehidupan caca marba, maksiat, ingkar perintah Allah SWT? Tudung yang menutup kepala hanya saat menziarah mayat yang terbujur. Namun keluar saja dari zon sedih itu, ia kembali meneruskan kehidupan asalnya.

Waktu sedih pula hanya sehari dua. Kemudian ia kembali gelak ketawa dalam maksiatnya, hiburan melampau dan hidup penuh kepalsuan dan kepura-puraan, kerja-kerja mungkar dan fasik tidak berkesudahan. Langsung tiada penyesalan dan kesungguhan untuk berubah.

Kemudian berlaku lagi kematian. Ayat dan ungkapan yang sama diulang. “Hidup mesti diteruskan..” (Baca : Teruskan dengan maksiat macam biasa).

Kata Ust Dato’ Ismail Kamus : “Jangan menjadi seperti anak ayam yang dijual di pasar. Seekor demi seekor diambil dan dijual oleh penjualnya. Kata anak ayam yang tinggal : “Dia saja kena, kita tak kena..” Lama-lama habis ayam sebakul”.

Cukuplah kalau kita bayangkan mayat yang terbujur itu adalah diri kita sendiri. Janganlah dipermain-mainkan ungkapan ‘hidup mesti diteruskan’ itu.

Kenyataan ini tidak saya khususkan kepada orang tertentu. Namun semua kita harus mengambil pengajaran. Bukankah kematian itu satu pengajaran yang sangat berguna?

Si Beloot : Life goes on kata orang kampung aku !

Kategori:Al Beloot, Santai, Umum
  1. tena
    April 20, 2010 at 11:35 am

    selalu ku memuhasabahkan dirik…aser cm tk ckup jer bekalan nk mghadapi saat itu…cmner ek…

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: