Utama > Umum > Hidup Dan Ujian

Hidup Dan Ujian

Salam dari laci ke lapan…

Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan sebenar-benar takwa, dengan melaksanakan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya.  Mudah-mudahan kita selamat dan berbahagia  di dunia dan di akhirat.

Iman adalah milik rohani manusia yang tidak ternilai harganya, tinggi atau rendahnya martabat seseorang manusia di sisi Allah Subhanahu Wataala adalah ditentukan oleh kadar Iman yang ada pada diri masing-masing.  Sesiapa yang paling kuat dan sempurna imannya, maka dialah yang paling mulia di sisi Allah Subhanahu Wataala.  Keimanan yang kuat itu amat mahal harganya, ia tidak mungkin diperolehi begitu sahaja tanpa berhadapan dengan perjuangan yang sukar kerana biasanya Allah akan menguji manusia dengan berbagai-bagai ujian dan cubaan hidup, untuk melihat dengan jelas hasil daripada ujian tersebut mutu iman setiap manusia.

Sesungguhnya dalam hidup ini kita tidak dapat lari atau dipisahkan daripada beberapa ujian terutama sekali bagi mereka yang sentiasa mengejar kejayaan dan berusaha untuk mendapatkan kebahagiaan.  Amat kelirulah sangkaan sesetengah manusia yang mengira bahawa hidup ini hanya senang dan mudah semata-mata, suka dan bahagia selalu atau sebaliknya hanya menganggap  hidup ini penuh duka nestapa, padahal sesungguhnya setiap bahagia dan sengsara, untung dan rugi, sihat dan sakit itu dan segala macam kejadian yang menimpa seseorang manusia itu adalah seri hidup yang sudah menjadi sunnatullah, kerana ujian itu adalah sebagai ukuran terhadap usaha dan iman seseorang, samada ia berjaya atau tidak, maka adalah terletak pada sejauh  mana kemampuannya menghadapi ujian-ujian tersebut.  Proses ini juga berlaku pada iman dan takwa seseorang  kepada Allah Subhanahu Wataala.

Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 1 hingga 3 :-

Tafsirannya: Alif Lam Mim, apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan:  Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang berdusta”.

Ayat yang baru dibacakan tadi telah memberikan pengertian yang besar kepada kita semua bahawa kehidupan manusia itu ada hubungan dengan ujian dan cubaan.  Allah Subhanahu Wataala menjelaskan di dalam ayat ini bahawa seseorang manusia itu adalah tidak cukup dan tidak memadai dengan hanya membuat pengakuan lisan sahaja, dengan berkata:  “Kami beriman kepada Allah” sedangkan mereka belum diuji oleh Allah Subhanahu Wataala.

Ujian seperti ini pun telah Allah Subhanahu Wataala timpakan kepada umat yang terdahulu daripada kita, iaitu umat yang telah dipimpin oleh para Rasul dan Ambia, sebelum daripada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.  Maka hasil daripada ujian itu Allah Subhanahu Wataala telah dapat mengetahui siapakah yang benar-benar beriman kepadanya dan siapakah pula yang mendustakannya.  Haruslah diketahui bahawa ujian yang diberikan kepada kita bukan hanya dalam bentuk kesusahan atau dalam bentuk kesakitan sahaja, malah juga dalam bentuk kemewahan, kekayaan dan juga dalam bentuk kedudukan dan pangkat yang tinggi.

Ujian yang merupakan kesusahan dan kesakitan adalah merupakan ujian yang ringan sahaja, kerana maksud dari ujian itu adalah semata-mata untuk menguji kesabaran dan kerelaan kita menerima qada’ dan qadar Allah Subhanahu Wataala dan apabila telah ternyata kesabaran kita dan kita rela menerima qada’ dan qadar Allah Subhanahu Wataala itu, maka Allah Subhanahu Wataala akan mengurniakan pahala dan seterusnya menghapuskan dosa-dosa atau mempertingkatkan darjat kita sehingga ujian itu menjadi nikmat dan kurniaan yang besar dari Allah kepada hamba Nya.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud; “Setiap orang Islam yang ditimpa bencana samada yang terkena duri atau lebih berat daripada itu, maka itu adalah semata-mata ujian, kerana Allah Subhanahu Wataala akan hapuskan perbuatan kejahatan dan menggugurkan dosa-dosanya sebagaimana pokok kayu menggugurkan daun-daunnya.  – Riwayat Bukhari dan Muslim.

Adapun ujian Allah Subhanahu Wataala melalui nikmat kesenangan dan kekayaan serta pangkat kebesaran pula adalah lebih berat daripada ujian kesusahan dan kesakitan kerana berapa banyak umat Islam didunia ini yang gagal dalam ujian tersebut.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud, “ Sesungguhnya bagi umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umat Ku adalah harta kekayaan”. – Riwayat at-Termizi.

Dari hadith itu jelas kepada kita bahawa ujian terbesar kepada umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah ujian berupa harta benda dan kekayaan.  Dengan harta benda dan kekayaanlah yang menyebabkan sebahagian di antara kita yang tergelincir daripada prinsip dan ajaran Islam serta tidak dapat mempertahankan diri sebagai muslim yang bermaruah tinggi dan maruah mulia.

Oleh yang demikian marilah kita sama-sama berfikir dan mengkaji perjalanan hidup kita untuk menuju kepada corak kehidupan yang lebih sempurna dan bersedia untuk menerima ujian-ujian Allah semata-mata untuk mempertingkatkan keimanan kita sebagai seorang hamba Allah yang ikhlas terhadap segala perbuatan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan demi kekuatan hidup kita di dunia dan di akhirat.

Firman Allah Subhanahu Wataala surah Al-‘Alaq ayat 6 hingga 8: Tafsirannya;

Ketahuilah sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, kerana dia melihat dirinya serba cukup, sesungguhnya hanya kepada TuhanMu lah  tempat kembali Mu”.

Si Beloot : Semoga lulus dalam ujian hidup…

Kategori:Umum
  1. tena
    April 20, 2010 at 11:35 am

    kalu ujian dtg menimpa2 cmner ek caranyer nk pujuk hati???????

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: