Utama > Santai, Umum > Bahagiakah Anda…

Bahagiakah Anda…

Perkataan bahagia bermaksud, “suasana senang dan aman, aman damai serta gembira.” Melalui definisi ini, boleh disimpulkan bahawa kebahagiaan bererti satu keadaan yang mendatangkan ketenangan di jiwa, kerehatan di minda dan kegembiraan di hati.

Namun, keadaan yang mendatangkan kebahagiaan kepada seseorang tidak semestinya mendatangkan kebahagiaan kepada individu yang lain. Ia amat subjektif.
Seorang yang kaya sentiasa dianggap senang dan bahagia. Apakah si kaya itu mengaku yang dia sedang bahagia. Seorang yang miskin sentiasa mempunyai angan untuk bahagia dan pasti akan merasa bahagia apabila beliau dikurniakan dengan kesenangan. Mungkin si miskin itu mempunyai rancangan untuk membina rumah besar, berkereta besar, melancong ke sana ke mari. Namun semua ini merupakan kebahagiaan kepada seseorang yang dilahirkan di dalam keluarga yang berharta itu tadi.Tapi apabila si miskin itu mendapat apa yang diinginkan, apakah dia akan merasa bahagia.
Seorang pencipta lagu akan merasa bahagia apabila lagunya memenangi kejuaraan dan menjadi nyanyian orang ramai. Namun semua ini tidak beerti kepada seseorang yang tidak mengenal not-not muzik.

Seseorang yang belum berumahtangga atau sedang bercinta, sudah tentu melihat kebahagiaan itu terletak di alam perkahwinan. Namun sejarah menukilkan individu seperti Asma Binti Bahdal, isteri kepada Muawiyah bin Abu Sufyan lebih merasa bahagia apabila kembali ke pondok buruknya yang pernah didiaminya suatu ketika dahulu.

Untuk kebanyakan orang, cita-cita, impian dan keinginan dikaitkan dengan kebahagiaan. Secara tidak langsung kebahagiaan menjadi matlamat hidup. Namun persoalannya, apa yang akan berlaku setelah bahagia itu tercapai?
Si miskin tadi telah membina 10 buah rumah besar, telah membeli 100 buah kereta mewah, telah melancong ke serata pelosok dunia. Lalu apa yang akan dilakukannya setelah itu?

Adakah kebahagiaan yang kita impikan selama ini adalah kebahagiaan yang benar-benar kita perlu? Atau ada sesuatu di sebalik kebahagiaan itu yang masih tersembunyi sebuah kebahagiaan yang lebih hakiki ?

Firman Allah di dalam surah Ar-Ra’d, ayat 29, “Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik.”
Si Beloot : Jangan jemu untuk mencari kebahagiaan, selagi ada nyawa sentiasa belum terlambat untuk mengubah sesuatu…
Kategori:Santai, Umum
  1. annashakimi
    November 14, 2010 at 11:35 pm

    Bahagiakah Anda….? Sememangnya subjektif…Ianya tersembunyi didalam hati…Sukar untuk dilafaskan dengan kata2…kerana kadang2 ia terpendam jauh dilubuk hati kita…Hanya sesekali sahaja terpancar diriak wajah kita yang bersahaja…
    Bahagiakah kita? Jawabannya…emmm saya bahagia..Walaupun pada hakikatnya disebalik cerita…Orang lain tidak mengetahui kerana kekebalan ego kita…kepuraan yang terpancar dimata…kepalsuan yang dicipta..
    Kebahagiaan yang macamana kita cari…? Kebahagiaan bersama…
    Ada orang bahhagia kerana berharta…Ada orang bahagia kerana cinta…Ada orang bahagia kerana keikhlasan hati kita…Macam2 bahagia ada….

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: