Utama > Al Beloot, Puisi & Lagu, Santai > Muhasabah Diri

Muhasabah Diri

Salam dari hati Sang Jerangkung…

Perggghhh…dah lima hari tak mencoret (bukan mencarut) kat sini. Terlalu banyak benda nak di fikir. Terlalu banyak perkara nak dihadapi. Masa sekarang bukan lagi macam dulu. Kelip mata je dah sejam. Kelip lagi dah sehari. Dua tiga kali kelip lagi dah sebulan. Ni dah nak habis bulan 3. Rasa macam baru je tengok bunga api kat Dataran Sejarah, Melaka sambut tahun baru. Dulu, time bebudak, satu hari rasa lama sangat. Puas main. Tapi tengok bebudak sekarang macam tak cukup masa diorang nak melepaskan perasaan kebudak dan keanak-anakan mereka itu.

Kita tinggalkan satu hari demi satu hari. Kekadang kalau difikir, macam tak sempat je nak kejar kepantasan masa yang berlalu. Lalui sehari demi sehari macam tak dapat apa-apa pun. Macam dah semakin hilang keberkatan hidup dan masa yg kita lalui.

Tanpa kita sedari atau mungkin kita memang tak sedar atau sengaja buat-buat tak sedar setiap langkah kita tu, makin hampir kita ke kubur. Setiap hembus tarik nafas kita dah semakin hampir ke garisan penamatnya. MATI dah hampir dengan kita. Dunia dah semakin uzur. Tanda-tanda hampir ajalnya bumi ini pun dah banyak. Macam-macam bencana dan malapetaka yang datang. Berbagai musibah dan kerosakan dah muncul. Anak-anak muda rosak akhlaknya. Setiap masa ada saja perkara dan benda yang menyakitkan mata dan menyesakkan jiwa melihat kerenah manusia dengan kebiadapan dan kekurang ajaran mereka melanggar berbagai hukum hakam Allah. Boleh dikatakan bahawa KIAMAT dah makin dekat.

Dah bersediakah aku. Dah siapkah bekalan kamu wahai manusia. Dah cukupkah amalmu wahai anak-anak Adam dan Hawa. Muhasabah diri kita sendiri. Kau, aku dan anak bini serta keluarga kita. Adakah akan bersatu nanti di satu tempat yang sememangnya dulu adalah milik kita iaitu…SYURGA !!!!

Si Beloot : Ya Allah…ampunilah segala dosa-dosaku. Amiiinnn !!!!

  1. annashakimi
    November 14, 2010 at 11:35 pm

    Sesungguhnya, segala yang ada di dunia ini akan menerima ujian dariNya.Terpulang pada kita untuk menerimanya dengan hati yang terbuka dan keikhlasan. Apakah kita benar2 pasrah..? Adakah kepasrahan itu datang dari kebuntuan yang kita hadapi..? Adakah pasrah itu kerana terpaksa…?Keterpaksaan yang tidak dapat dielakkan.
    Kadang2 amat sukar untuk menilai hati sendiri. Membohongi diri sendiri. Kita menganggap kita kenal akan diri kita. Tapi sebenarnya, masih samar2. Masih tercari2..” Siapakah Aku…? “. Kerana dalam kitab pun ada mengatakan…” Kenalah diri kamu…sebelum kamu kenal Allah”. Siapakah diri kita sebenarnya…..???
    Kita sering kali mengatakan ” biarlah derita ini ku tanggung sendiri”. Setakat mana kita menanggungnya..?. Apakah derita itu tidak melibatkan orang lain..?. Justeru itu, segalanya terletak dalam hati kita. Kita mengetahui apa yang terbuku didalam hati sendiri.
    Memang mudah untuk melafaskan….Kerana, mungkin ada sesuatu perkara yang melibatkan orang lain. Mungkin juga kita tidak menyedari. Mungkin juga kita tahu, tapi buat2 tak tahu. Kerana keegoaan kita. Memang tiada yang sempurna didunia ini. Tapi kesempurnaan itu boleh dicari. Walaupun tidak sepenuhnya…
    Acapkali juga kita mendengar orang berkata ” Dh takdir aku begini”. Apakah maksud kata2 itu…? Apakah kita hanya menyerahkan pada takdir…? Kerana didalam kitab juga ada mengatakan “Aku tidak akan mengubah nasib seseorang itu, melainkan dia mengubah nasibnya sendiri”. Kenapa mesti menyerahkan pada takdir dan kenapa mesti menyalahkan takdir…? Dimanakah usaha kita…? Bila segalanya telah dilaksanakan…barulah kepasrahan itu datang.
    Segala yang ada didunia ini sememangnya dari ketentuanNya. Namun, kita sendiri yang akan mencorakkan hidup kita. Kerana ” yang baik itu datangnya dari Allah…dan yang buruk itu datangnya dari diri sendiri”.
    Masih terlalu banyak perkara yang ingin diperkatakan. Namun, biarlah setakat ini kata2 yang tiak seberapa in…i. Bukannya untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: