Utama > Santai, Tazkirah > Bercakap Dengan Tuhan

Bercakap Dengan Tuhan

Salam dari tombol pintu almari….

Ustaz aku dulu pesan…kalau kamu nak bersembang dengan Allah, kamu solatlah banyak-banyak. Dan kalau kamu nak Allah berbicara dan memberi nasihat pada kamu, perbanyakkan membaca Al-Qur’an. 100% aku percaya dan ingat…

Ada orang kata, solat ni macam kita hantar mesej kat Allah. Ala macam main ‘sms’ tu. Dan tahukah korang? bahawa setiap ‘sms’ yang korang hantar kepada Allah itu, tidak dikenakan sebarang bayaran pun oleh mana-mana pusat telco di negara kita ni. Dan sebenarnya setiap ‘sms’ tu Allah terima dan balas balik bagi mereka yang khusyuk…

[solat2.JPG]
Contohnya dalam Al fatihah:

‘sms’ korang:  ”Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam.”

‘sms’ dari Allah:  “Hamba-Ku telah memuji-Ku.”

‘sms’ korang:   ”Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.”

‘sms’ dari Allah:   Hamba-Ku Mengagungkan-Ku.”

‘sms’ korang:    ”Raja di Hari Pengadilan.”

‘sms’ dari Allah:   “Hamba-Ku berserah diri kepada-Ku.”

‘sms’ korang:   ”Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan.”

‘sms’ dari Allah:   “Inilah antara Aku dan hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta.”

‘sms’ korang:   ”Tunjukilah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau anugerahkan kepada mereka yang Engkau cintai, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang Engkau sesatkan.”

‘sms’ dari Allah:  “Ini milik hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta.”

****

Ketika  waktu rukuk, ‘sms’ yang kita hantar:

“Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujianNya.”

Waktu iktidal pulak, kita hantar ‘sms’:

“Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.”

Lepas tu waktu sujud, kita hantar 3 kali lagi ‘sms’

“Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujianNya.”

Duduk antara dua sujuk, ‘sms’ kita panjang sikit:

“Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, lindungkan aku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.”

Dan penutup solat, kita bagi ‘sms’ yang panjang..

“Segala penghormatan yang berkat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah….”

Dan tahukah korang?, bahawa setiap ‘sms’ yang korang hantar kepada Allah itu, sebenarnya Allah terima dan balas balik bagi mereka yang khusyuk…
Lepas tu pulak, bila korang dah habis solat, maka korang akan hantar ‘sms’ panjang panjang mengikut hajat masing masing.. dan tahukan korang?, apakah tanda ‘sms panjang’ kita itu diterima?

Menurut seorang sahabat Tabein yang bernama Thabib Bananni Rahmatullaalahi, beliau menyatakan seorang wali Allah akan dapat mengetahui akan ‘sms’ manakah yang di ‘hantar’ oleh beliau yang diterima oleh Allah, iaitu beliau setiap kali badan rasa bergetar, air mata mengalir, bulu roma meremang dan satu ‘vibrate’ dalam dada berlaku di setiap kali hamba Allah ini berdoa, maka ‘vibrate’ dalam dada itulah antara salah satu petunjuk yang menandakan ‘sms’ beliau telah di terima oleh Allah.. hebat bukan?

Dada bergetar menandakan doa makbul? Aku juga pernah alami peristiwa ini, lepas solat, aku terus berdoa dengan tawajjuh pada Allah, mata ku pejam rapat rapat, dan tangan menggiggil tanda khuyuk dalam hati.. tiba tiba satu gegeran berlaku di dada aku, makin lama makin kuat.. oh, inilah agaknya pentanda bahawa doaku telah makbul..

“Jangan lupa, beli kicap”

Cis!, isyarat vibrate sms dari bini aku rupanya, hampeh! Lepas ni tak nak silent mode with vibration lagi! Geli tetek aku.

Si Beloot : Jangan bawak handphone waktu pergi masjid atau surau….hahahaha

Kategori:Santai, Tazkirah
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: