Utama > Santai, Umum > Mengapa Kau Bersedih

Mengapa Kau Bersedih

Salam dari cermin almari plastikku…

Salam perkongsian untuk kesekalian kalinya…semalam adalah kenangan hari ini adalah realiti dan esok adalah fantasi….

Aku terus menyelusuri hidup aku. Aku perhatikan dua tiga hari ni ramai sahabatku yang bersedih. Aku tanya kenapa kau bersedih. Jawabnya,” I can’t answer that question…so personal !”.  Dia tanya aku balik. Kenapa kau aku jarang nampak bersedih. Aku katakan padanya bahawa aku mempunyai satu sisi lain dalam diri aku  yang jika aku bersedih aku aku tukarkan diriku ke satu sisi yang lain itu. Sisi yang menggembirakan aku ! Hehehe ntahapahapantah…

Ketahuilah wahai sahabat-sahabatku…ALLAH benar janji-NYA. ALLAH menentukan sesuatu. Yang berlaku dan menyedihkan tidak bermakna hidup kita akan binasa. Kegembiraan yang pergi tidak bermakna kita hilang segala. Andai diukur banyak mana yang ALLAH ambil atau sedihkan kita dibandingkan dengan banyak mana yang telah ALLAH beri dan gembirakan kita….. ‘ kalau kita cuba hitung nikmat ALLAH nescaya tidak akan terhitung banyaknya’.

Mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang disekitarmu. Apa yang kurang ? Tidak ada apa yang kurang…rumah, kereta, suami, isteri, anak-anak, segalanya cukup.

Dan apabila kesedihan dan musibah menimpa, ALLAH tarik balik sedikit sahaja dari kurnia – NYA, mengapa harus berdukacita ? Mengapa harus bersedih ? Bukankah itu petanda bahawa ALLAH mungkin menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik ? ALLAH tarik sesuatu untuk ALLAH berikan sesuatu yang lain, tidak mustahil kan ?

Berlapang dada kepada ALLAH, bahawa ALLAH menentukan segalanya. Yakinlah, janganlah takut dan janganlah kita berdukacita.

Kadang-kadang manusia berdukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa, masalah keluarga yang banyak, masalah anak, masalah kerja, masalah itu dan sebagainya. Maka kita bersedih dan berdukacita menyebabkan jiwa tertekan.

Mengapa harus bersedih ? Adakah dengan bersedih semua masalah akan selesai ? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah ? Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah. Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka tidak layak hidup di dunia ini. Setiap dari kita punya masalah samada kecil atau besar…terpulang kepada kita bagaimana untuk menanganinya.

Adakah kita hanya perlu menongkat dagu dan bersedih meratapi apa yang telah kita hilang? Yang pepeh tak akan datang melayang dan yang bulat tidak akan datang bergolek. Terokai dan kenalilah potensi kita. Potensi kita sebenarnya jauh lebih hebat dari apa yang telah kita tunjukkan.

Andai kita bersedih, pasti ada lagi orang yang lebih sedih daripada kita. Andai kita susah, tentunya ada orang yang jauh lebih susah daripada kita. Andainya kita merasakan kusut dengan rumahtangga kita, jangan lupa bahawa ada lagi rumahtangga orang lain yang lebih kusut dan serabut lagi daripada rumahtangga kita.

Oleh itu sama-samalah kita renung dan mulakan langkah pertama untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah kita. Masalah yang kita lalui akan mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita. Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah akan menjadi manusia yang tenang kerana berasa lapang dengan segala penyelesaian yang dihadapi. Untuk itu aku tinggalkan korang semua dengan kata-kata ini “ Cubalah kita tengok hujan itu. Sekarang ia tenggelamkan segala keindahan ciptaanNYA. Tapi setelah hujan berhenti keindahan ciptaanNYA dapat kita lihat kembali malah cahaya pelangi akan menambah seri indah itu. Begitulah juga dengan kehidupan kita yang tak pernah sunyi dari ditimpa masalah, dilanda kekusutan namun akhirnya bahagia pasti dikecapi ”….

Si Beloot : bersabarlah….sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar !!

Kategori:Santai, Umum
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: