Utama > Santai, Tazkirah, Umum > Di Sebalik Keluhan Mu

Di Sebalik Keluhan Mu

Salam dari laci ke Tujuh…..

Setiap hari kita mendengar orang-orang di sekeliling kita mengeluh. Kadang-kadang kita sendiri tak terlepas dari keluhan. Namun sedarkah kita di sebalik keluhan kita itu ada yang kita tidak sedar. Memang kita tidak sedar atau kita saja buat tak sedar….Jadi sebelum kita mengeluh sedar-sedar….!!!!
1. Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.
2. Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
3. Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.
4. Sebelum kamu mengeluh bahawa kamu buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat terburuk dalam hidupnya.
5. Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isteri kamu, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
6. Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat.
7. Sebelum kamu mengeluh tentang anakmu, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
8. Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan tentang orang yang tinggal di jalanan.
9. Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah mengembara, fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.
10. Dan di saat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, fikirkan tentang pengangguran, orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kamu.
11. Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.
12. Kita semua menjawab kepada Sang Pencipta. Dan ketika kamu sedang bersedih dan hidupmu dalam kesusahan, tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kamu masih hidup!
13. Cintai orang lain dengan perkataan dan perbuatanmu.
14. Cinta diciptakan tidak untuk disimpan atau disembunyikan.
15. Anda tidak mencintai seseorang kerana dia cantik atau tampan. Mereka cantik/tampan kerana anda mencintainya.
Si Beloot : aku juga akan mengeluh kalau  tak ada orang baca blog aku..tp aku terfikir macamana nak baca kalau org tu tak ada komputer…huhuhu
Kategori:Santai, Tazkirah, Umum
  1. tena
    Februari 3, 2010 at 11:35 am

    aduh…ase cm tekena btang idung jew….anyway tq sibelloot…..insop insop….

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: