Utama > Umum > 50 Pesanan Untuk Suami

50 Pesanan Untuk Suami

Salam dari dalam almari…

Kelmarin, 1 Februari aku kuarkan dari almari satu entry pasal Rumahku Shurgaku…dalam aku punya facebook macam-macam komen aku dapat. Ada sorang member aku tanya, hai asyik-asyik isteri je yang kena. Pasal suami lak takde ke. Gelabah gak aku….

So, untuk puaskan hati semua isteri tajuk ini menjadi pilihan aku. Masih berkenaan suami isteri. Tapi kali ini khusus untuk para suami. Mana aci kan..asyik-asyik pasal isteri je..sedangkan rumahtangga yang bahagia dan harmoni, haruslah ada sifat give and take antara suami dan isteri.

Gambar sekadar hiasan

Mungkin satu kebetulan yang disengajakan. Fikir aku, supaya ada kaitan dan kesinambungan dengan entry yang lepas. Jangan pula kawan-kawan anggap aku  ni pakar rumahtangga pula. Hanya berkongsi peringatan dan harap sedikit sebanyak ia mampu menyuntik kesedaran dalam diri kita.

Jom baca..buat para suami..renung2kan dan amalkan dalam kehidupan.

  1. Sentiasa berdoa agar disayangi.
  2. Sentiasa lakukan ibadah bersama
  3. Bila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
  4. Tunjukkan keperihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
  5. Berlatih untuk mendengar dengan baik.
  6. Jangan  tergesa-gesa  untuk  menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
  7. Berikan  masa  sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang “berkualiti” terhadap isteri.
  8. Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk.
  9. Tolong masak atau ajak makan diluar sekali-sekala.
  10. Beri pujian mengenai penampilan isteri  —  rambut, wajah, pakaian dll.
  11. Pujuk bila isteri marah atau kecil hati.
  12. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
  13. Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
  14. Bila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
  15. Bila isteri minta bantuan, nyatakan “boleh” atau “tidak boleh” dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
  16. Jika perlu menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Beritahu yang anda perlu bersendirian untuk berfikir.
  17. Bila  sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
  18. Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, letakkan surat khabar atau tutup televisyen.
  19. Bila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
  20. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang empat kali sehari.
  21. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin memberitahu “I love you”.
  22. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurang dua kali sehari.
  23. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.
  24. Tolong  terbalikkan  stokin  atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci.
  25. Tolong buang sampah tanpa disuruh.
  26. Bila keluar out-station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.
  27. Sentiasa kemas, kacak dan wangi sebelum tidur bersama.
  28. Sokong pendapat isteri kalau beliau bertentangan pendapat dengan oranglain.
  29. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
  30. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masaalah isteri.
  31. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama isteri.
  32. Pamerkan  kasih  sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan jauh bila berjalan.
  33. Buatkan air minuman atau seumpamanya untuk isteri sekali-sekala.
  34. Bila  makan  di  luar,  jangan  harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
  35. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.
  36. Beri  perhatian  yang  lebih  pada  isteri  dari  orang  lain semasa dikhalayak ramai.
  37. Lebihkan isteri dari anak-anak.
  38. Belikan  hadiah-hadiah  kecil dari semasa ke semasa—minyak wangi, jamu atau seumpamanya.
  39. Beri respond yang positive bila mendengar isteri bercerita.
  40. Bila isteri kurang sihat, beri perhatian yang sewajarnya.Manjakan isteri sepertimana mereka memanjakan kita.
  41. Belai isteri sebelum pergi kerja.
  42. Cuba  ketawa  bila  isteri  buat  lawak  atau  bercerita sesuatu yang melucukan.
  43. Ucapkan terima kasih diatas setiap khidmat yang isteri berikan.
  44. Cari masa untuk berdua-duaan sekali-sekala.
  45. Lakukan riadhah bersama isteri.
  46. Pergi berkelah / picnic sekali-sekala bersama-sama isteri dan anak-anak.
  47. Tolong cuci atau jemur pakaian sekali-sekala.
  48. Cuba berikan / tunaikan apa yang isteri hajati.
  49. Nyatakan yang anda merinduinya bila berjauhan.
  50. Bawa pulang ole-ole / kuih kegemaran isteri sekali-sekala.

Si Beloot : kredit untuk http://ummuammar76.blogspot.com

Kategori:Umum
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: