Utama > Al Beloot > Ibu Ku Rindu

Ibu Ku Rindu

Salam dari lubuk almari….

18 Januari kembali menjenguk ke dasar almari Si Beloot sedalam -dalamnya. Aku terpaku sendiri, terpana dengan tarikh ini. Tarikh yang menggoncang segenap almariku. Meleburkan seluruh jiwaku. Kesedihan yang telah hampir pupus meronta kembali meminta dilepaskan. Menitis airmataku tika ini menahan sebak di hati yang  terpendam menangisi kerinduan pada seraut wajah sesusuk tubuh yang telah hilang dari pandangan buat selamanya. Pada tarikh inilah setahun yang lalu, ketika manusia kemaruk kuasa, ketika pejuang meraikan kemenangannya tatkala itu aku kehilangan seorang yang tersayang. Seorang pejuang sebenar, gigih dan tabah….dia ibuku !

PUISI UNTUK IBU

Teguranmu untuk kebaikanku,

marahmu membaiki kelemahanku

katamu bantulah ibu

nanti kau tahu mana langkahmu

tidakkan songsang

tidak terganggu

Ibu…..

rajukku katamu aku manja

pernah aku melawan

katamu aku degil kepala batu

pernah aku menangis

katamu jangan jadi anak lemah

Ibu…..

silapku kau hukum aku dengan nasihat

bila aku kecewa

pasti  munajatmu menguntum jiwaku

kesakitanku kau ubati dengan penawar dan semangat

dan bila kejayaan ku gapai

katamu bersyukurlah pada Tuhan

Ibu……

Kau  senyum bila aku senyum

kau ketawa bila aku ketawa

piluku terungkai

dalam kuntum pujuk kasihmu

Namun…..

tiada pernah sekali ku lihat air mata dukamu

mengalir di pipimu

padunya jiwamu memendam sayu

Ibu….Aku rindu padamu…..

Tuhanku….

Munajatku padaMu

ampuni segala dosa ibuku

rahmati dia sebagaimana dia

memeliharaku sewaktu kecilku

sejahterakanlah ibuku

di sisiMu selamanya….. Amiiinn !!!

Si Beloot (18012010)

Si Beloot : sayangi ibumu semasa masih kau miliki di sisimu !

Kategori:Al Beloot
  1. Januari 18, 2010 at 11:35 am

    Sabda Rasulullah SAW : Apabila mati seseorang, akan terputus amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya.

    Harap kita mampu realisasikannya bersama.Miss her so much!

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: