Utama > Umum > Selamat Belajar dan Mengajar

Selamat Belajar dan Mengajar

Sekolah dah mula dah….

Mulai Isnin kemarin 04.01.2010 penggal pertama persekolahan dah bermula.Tapi bagi negeri Terengganu, Kedah dan Kelantan serta Perlis … hari nie dah mula sekolah. Suasana sekolah yang sunyi sepi lebih sebulan lalu akan mula meriah.

Hari pertama persekolahan nie, bukan murid-murid saja yang hadir ke sekolah, malahan ibubapa pun turut hadir sama. Bagi ibubapa yang mempunyai anak Tahun 1, biasanya akan menghadirkan diri bersama-sama anak mereka. Seronok juga dapat melihat telatah anak-anak memulakan alam persekolahan yang sebenar.

Ibu bapa perlu prihatin dengan persiapan anak-anak untuk ke sekolah. Pastikan buku tulis, buku teks, dan lain-lain peralatan telah pun siap sedia. Selain beg baru, kasut baru, baju baru , guru pun baru….

Bagi gua sendiri, persiapan sekolah untuk anak dah dibuat br minggu lepas. Bukan apa untuk mengelakkan kesesakan kat MyDin Melaka. Hehehe cam xdo tempat lain.  Gedebak gedebuk belanja pakaian dan alatan sekolah dah cecah RM200.00.

Hari Khamis yang lepas gua pergi ke sekolah untuk membayar yuran dan juga membeli buku di koperasi sekolah. Yuran campur buku tulis untuk dua orang anak dah cecah RM100.00. Itu belum lagi sekolah agama… Sekolah Agama biasanya proses membayar yuran dan membeli buku dibuat seminggu sebelum hari pertama persekolahan. Luak gak RM100.00.

Nak tak nak kita sebagai ibu bapa terpaksa mengeluarkan belanja yang besar bagi persiapan anak-anak sekolah. Macamana kalau bagi ibu bapa yang mempunyai 5 orang anak yang bersekolah, dah tentulah ibu bapa mengeluarkan belanja yang lebih banyak.

Walau apapun, kita sebagai ibu bapa perlulah peka dengan keadaan ini. Justeru, kita harus bersedia, kerana keadaan seperti ini akan kita hadapi. Anak-anak wajib di beri ilmu pengetahuan yang sewajarnya, lebih-lebih lagi ilmu dunia dan akhirat.

Kepada semua anak-anak yang bersekolah… semoga persekolahan tahun 2010 ini lebih membawa kejayaan yang cemerlang. Bagi ibu bapa semua… Selamat menghadapi kerenah anak-anak dalam dunia persekolahan mereka……

Si Beloot : Tahun ni kena pegang kelas, otomatik masa ngajar kurang…syok gek huhuhuhu

Kategori:Umum
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: