Utama > Al Beloot > Dunia Satu Persinggahan

Dunia Satu Persinggahan

Salam dari dalam almari….

Dua hari yang amat memilukan apabila kehilangan orang tersayang. Pemergian bapa mertuaku Wan Ahmad bin Abdullah pada lewat jam 5 petang Selasa 27 Oktober 2009 amat memberi kesan dalam menilai kehidupan. “”Kullu nafsin za iqatul maut”. Setiap yang hidup itu pasti akan merasai kematian. Setelah beberapa tahun terakhir ini dia terlantar diserang angin ahmar, sebahagian tubuhnya tidak dapat lagi digerakkan. Tiada lagi derapan kakinya. Tiada lagi langkahan gagahnya menyelusuri setiap denai dan jalan. Hanya seraut wajah yang masih mampu menguntum senyum walau dalam kepayahan menghayati penderitaan. Terlalu bersyukur apabila anak-anak masih lagi menghargai jasanya mendidik dan mengasuh sewaktu membesar dulu. Di sisi anaknyalah dia menumpang kasih mengharap perhatian. Terima kasih yang tak terhingga pada kakak ipar yang sanggup mempersembahkan sebahagian hidupnya sama-sama mengharungi keperihan dan kesengsaraan ayahnya.  Tiada kata yang dapat menggambarkan ketabahan dan kesabarannya mengisi kekosongan penghujung hayat bapa mertuaku itu. Terima kasih kak.  Hanya mampu memujuk dengan nasihat kesabaran pada isteriku agar tabah menerima kenyataan ketentuan takdir terhadap setiap makhluk yang bernama hamba. Terima kasih kepada adik beradik yang sentiasa bersatu hati dan kepada teman-teman yang mengucapkan takziah dan mendoakan kesejahteraan arwah, semoga Tuhan memberikan ganjaran pada setiap amal baik kalian.

Tahun 2009 merupakan tahun kesedihan buatku setelah arwah ibuku menyahut panggilan Ilahi pada awal Januari yang lalu mengajar aku pasrah menerima ketentuan takdir. Namun hati sedikit terubat apabila melihat pemergian mereka dengan wajah yang tenang seolah-olah tersenyum menyambut lambaian Ilahi memanggil mereka pulang. Bagi aku yang masih meneruskan hidup, banyak pengertian yang mampu ku kutip. Sabar itu merupakan puncak kemanisan dalam menerima setiap musibah mendatang.Wahai ibu dan ayah mertuaku, ku iringi pemergian kalian dengan doa penuh qudus, agar kalian berbahagia di sana…

Ya Allah Ya Rabbi,

Terimalah kepulangan hamba-hambamu itu dengan rahmat dan pengampunanMu, tiada lain yang dapat meredakan keresahan kami melainkan Kau menempatkan mereka di tempat hamba-hambaMu yang beriman, bersama para anbia dan solehin, beriringan dengan syuhada dan muqarrabin. Amin ya Rabbal ‘Alamin….

Si Beloot : Hidup Jalan Terus.

Kategori:Al Beloot
  1. Oktober 28, 2009 at 11:35 pm

    Sedih aku baca catatan ni, rindu benar rasanya kat cik. Apa-apa pun ayahanda masih bersama kita. Curahkan bakti sementara hayat kita dan dia dikandung badan.

  2. November 4, 2009 at 11:35 am

    setiap yang baru akan binasa , setiap yang bermula akan berakhir ,setiap yang hidup kan mati yang kekal hanya yang MAHA ESA “ALLAH HUAKBAR”

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: