Utama > Tazkirah > 4 Darjat Manusia

4 Darjat Manusia

Khalil bin Ahmad menyatakan, bahawa darjat manusia terbahagi kepada empat macam, iaitu:

1. Manusia yang tahu (mengerti), dan dia tahu bahawa ia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin. Pemimpin yang adil dan amanah orangnya, bukan yang bikin tak serupa cakap!

2. Manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan. Ntah-ntah dia tak tahu pun bahawa dia tu sedang tidur!

3. Orang yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas. Tahu tak pa! Jangan jadi bodoh sombong.

4. Orang yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian harus dijauhi. Jenis ni, namanya “cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar”. Elok hantar kat pulau tak ada orang, barulah dia sedar diri tahu diuntung!

p/s: Kita ni orang jenis apa ya…. Moga hamba tergolong dalam kumpulan orang-orang yang sentiasa tahu yang diri ini tidak tahu semua perkara dan sentiasa perlu mengambil tahu apa-apa yang patut diketahui, namun tidak sampai hal peribadi orang pun sibuk nak ambil tahu “busy body” kata omputih, masyaAllah!

Kategori:Tazkirah
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: