Utama > Suami Isteri > Hikmat di sebalik penciptaan Adam dan Hawa’

Hikmat di sebalik penciptaan Adam dan Hawa’

       

Sebutlah tentang “cinta” atau “hubb” nescaya tiada siapa yang tidak mengetahui tentangnya. Ia merupakan kalimah yang telah sedia maklum di kalangan pemuda dan pemudi sekarang, malah mereka mungkin dapat menghuraikannya dengan panjang lebar jika ditanya kepada mereka.

Cinta merupakan satu perasaan yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada setiap makhluk ciptaan-Nya. Mana mungkin manusia di muka bumi ini hidup tanpa memiliki walau secebis pun perasaan ini. Ini kerana cinta merupakan fitrah bagi setiap manusia. Cinta yang betul adalah yang disalurkan kepada yang berhak. Sudah pastilah yang berhak mengecapi cinta setiap insan ini adalah kedua ibu bapa mereka. Walau bagaimana pun ini tidaklah menafikan cinta pada yang paling berhak iaitu cinta kepada Allah dan rasul-Nya.

Sesetengah orang di luar sana mungkin menganggap apabila kita bercakap mengenai agama maka tidak ada sesuatu pun yang bernama cinta. Fahaman ini sememangnya bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Islam sendiri. Seperti apa yang kita semua ketahui,cinta ini bermula semenjak permulaan kehidupan lagi iaitu bermula daripada penciptaan Adam as. Nabi Adam as selepas diciptakan dan tinggal di syurga, dia merasakan seolah-olah ada sesuatu kekurangan. Oleh itu Allah swt telah menciptakan buatnya Hawa’ daripada tulang rusuknya sendiri sewaktu dia sedang tidur.

Apabila dia terjaga dari tidurnya, dia mendapati ada seseorang berdekatan dengannya. Kemudian Nabi Adam as bertanya: Siapa kamu?. Jawabnya: Aku seorang perempuan. Siapa nama kamu? Hawa’. Untuk apa kau diciptakan? Supaya engkau merasa aman dan tenang (litaskunu ilaiyya).

Jelas daripada perbualan Adam as ini bahawa setiap “adam” di dunia ini sehinggalah hari kiamat tidak akan ada ketenangan dan keamanan bagi mereka melainkan berada di sisi “hawa”.

Namun pelik sekali apabila kita membaca beberapa kitab yang memandang “hawa” dengan pandangan yang zalim. Mereka memandang wanita seolah-olah mereka bukanlah daripada jenis insan malah mereka meletakan martabat wanita serendah-rendah martabat. Malah ada juga yang berpendapat bahawa mereka adalah penyebab kepada kemaksiatan yang dilakukan oleh Adam as sehingga dihalau keluar dari syurga. Namun hakikatnya Al-Quran selamanya tidak mengatakan begitu malah meletakkan kedua-duanya dalam martabat dan tanggungjawab yang sama.

Firman Allah swt: “Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata :”Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini melainkan (kerana ia tidak suka) kamu berdua menjadi Malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam syurga)”.” (Al-A’raf :20)

Jelas daripada ayat tersebut bahawa syaitan tidaklah menghasut Hawa seorang bahkan kedua-duanya dan disebabkan itulah kedua-duanya diturunkan ke muka bumi setelah diusir dari syurga.

Diriwatkan selepas diusir dari syurga, maka Nabi Adam as telah diturunkan di Hind, manakala Hawa’ pula diturunkan di Jeddah. Ada juga yang mengatakan bahawa Adam as mencari Hawa’ sehinggalah mereka berdua bertemu di “Jabal Arafah”. Apabila diamati kita akan dapati bahawa kedudukan Arafah berdekatan dengan Jeddah dan amat jauh dengan Hind. Ini menunjukkan bahawa Adam as telah banyak mengharungi penat lelah dalam pencariannya untuk menemui Hawa’.

Apabila kita imbas kembali tentang penciptaan Hawa’ daripada rusuk Adam as ketika beliau sedang tidur dan tidak ketika beliau sedang berjaga, ini menunjukkan seolah-olah Adam as ketika itu berada di luar kawalan tubuh badannya. Walaubagaimanapun, menariknya di sini apabila kaum Hawa’ melahirkan anak, mereka berada dalam keadaan sedar. Oleh itu sesetengah orang berpendapat bahawa kaum Hawa’ mempunyai perasaan yang kuat berbanding kaum Adam, ini kerana mereka mampu menahan dan menanggung sakitnya pembedahan dan proses kelahiran tersebut walaupun mereka berada dalam keadaan sedar. Adapun Adam as tidak berada dalam keadaan sedar melainkan setelah sempurna dan selesai penciptaan Hawa’.

Dari sudut lain pula, Adam dijadikan daripada tanah dan Hawa’ dijadikan daripada tulang rusuk Adam iaitu daripada benda yang hidup. Oleh itu kita akan mendapati pergaulan ataupun kerja seharian kaum Adam di dunia ini banyak tertumpu ke arah sesuatu yang diciptakan untuknya sama ada dia akan menjadi seorang peniaga, mekanik, petani atau selainnya. Semuanya berlegar sekitar pergaulannya bersama bumi ini. Sebaliknya, kaum Hawa’ pula pergaulan mereka lebih banyak tertumpu  kepada ruhi, iaitu manusia. Mereka akan dididik dan menjadi ibu atau isteri atau anak yang solehah. Disebabkan itulah mereka dinamakan “Hawa'” kerana mereka dicipta daripada kehidupan.

Subhanallah, Maha suci Allah yang menciptakan setiap sesuatu. Setiap yang diciptakan-Nya semuanya mengandungi hikmah dan rahsia yang tersembunyi. Apabila makin banyak kita mengetahui tentang sesuatu perkara, maka kita akan dapat merasakan bahawa sebenarnya sangat banyak perkara yang kita tidak ketahui di sebalik setiap penciptaan Allah swt. Oleh kerana itu Allah telah bersabda dalam hadis Qudsi bahawa kajilah tentang apa yang Aku ciptakan dan bukan pada zat-Ku.

 

Kategori:Suami Isteri
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: