Arkib

Archive for Mei 2009

Wahai Wanita…..

Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri…..

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Beliau menjawab, “Pada malam aku di-isra’-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah
sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking. Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya
sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan
yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya
sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,” kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan
yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain dengan bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi
tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing
ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.”

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan
inilah peringatan kepada kaum perempuan. Khabarkanlah ingatan ini kepada ibu, anak, adik dan kakak anda sekelian. Wallahu a’lam.

Kategori:Umum

Adab Tidur (masa cuti)

Mei 29, 2009 2 comments

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : “Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk , hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk . Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”.

 Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adap2 dalam Islam antaranya : –

 1.     Berwuduk

Sebaik – baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

 2.     Perut Tidak Terlalu Kenyang

Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam . Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

 3.     Mengingati Kesilapan

Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian  . Sekiranya anda melakukan perkara – perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar , berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T

 4.     Membaca Doa dan Surah Tertentu

Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah – surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat . Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al – Ikhlas , Al – Falaq dan  Al – Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua – dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai . Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut – turut

 5.     Berazam Untuk Bangun Awal

Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al – Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .

 6.     Bangun Pagi

Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana   telah memanjangkan usia lalu berdoa : “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan” Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot – otot badan .

Kategori:Tazkirah

Petua murah rezeki & dijauhkan kesulitan

ASSALAMUALAIKUM,

 Abu Yazid Al Busthami, pelopor  sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,”Tuan  Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang  lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan  pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”

Sang Guru menjawab sederhana, “Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia  yang miskin namun wajahnya tak pernah  keruh dan selalu ceria. Sebab menurut
Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah  muka masam yang 
membuat orang curiga kepadanya.” Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji  akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya  senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh.

Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.  Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri  selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan
yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan  ketegangan. Dalam
hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun
persoalannya nescaya dapat  diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Kategori:Umum

Akum vs Assalamualaikum

Assalamualaikum Ikhwanulmuslimin:

 Assalamualaikum..

Perkataan ‘AKUM’ adalah gelaran untuk orang2 Yahudi untuk orang2 bukan  yahudi yang bermaksud ‘ BINATANG’ dalam bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘ HAMBA2 BINATANG DAN ORANG2 SESAT’.. Pada zaman dahulu, orang2 Pagan menyembelih binatang untuk bintang yang dianggap tuhan. Orang2 Yahudi menggelarkan binatang itu AKUM sehingga nama itu lekat pula kepada orang2 bukan Yahudi kerana mereka dianggap seperti binatang dalam ajaran mereka. Adalah lebih baik jika kita menggantikan perkataan akum tu kepada  salam=peace dlm bahasa arab.. Namun adalah lebih afdal jika kita menggunakan Assalamualaikum w.b.t secara keseluruhan… Mula ari ni jgn lagi guna ringkasan A’kum tu yek! Samada dlm e- mail  ataupun SMS ataupun chit chat.

Kategori:Umum

Senyum sikit !

Cerita 1
             

Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumahnya.
               
               
 Cerita 2
 Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,” Ala … releks le, aku ni kan anjing laut.”
               
Cerita 3
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat . Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.”Atok buat apa tu?” “Atok bagi surat kat kawan atok, cu!”jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,”Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?”
                
                
Cerita 4
Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si penjual pun berkata,”Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut terus jadi pucat dan putih.” Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.
                
                
Cerita 5
Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi 2 orang kenamaan itu mati. Apabila sedar
dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak polis,” Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk  memudahkan siasatan kami.” “Mmmmm… entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu….”
                
                
Cerita 6
ketika saya baru masuk ke lift, sorang wanita masuk  dan menekan butang 2 dan kemudian butang 4, manakala saya lak menekan butang 18 untuk ke tingkat 18. lift pun naik la dan berhenti di tingkat 2, tp wanita tue tak keluar. kemudian lift
berhenti pulak di tingkat 4, tp wanita tue pun tak keluar juga
dan lift pun mula naik. maka bertanyalah saya pd wanita tue, “akak(sbb nampak cam tua dr saya) dah terlepas tingkat yg akak nak naik..” “ooo.. saya nak ke tingkat 24″, jawabnya selamba..”tp td akak tekan butang 2 dan 4” tanya saya lagi tak puas ati.. “astaga!!! nilah akibatnya kalau terlalu lama bekerja dgn kalkulator”sambil menggaru kepala…
                
                
Cerita 7
Seorang eksekutif muda dengan penuh semangat bercerita pada temannya tentang kehebatan komputer yang baru
dimilikinya. “Bayangkan ! komputer saya ini setiap hari mampu menyelesaikan setengah dari pekerjaan saya”. “Lho … kenapa kamu tidak membeli dua komputer” sahut temannya.
                
                
Cerita 8
Jake sedang berbaring di tempat tidur kerana uzur.. hanya tunggu masa hilang nyawa. Isterinya, Susan berada di              sampingnya. Susan memegang tangan yang lemah dan tangisan air mata keluar dari matanya. Ketika Susan berdoa,   ia memandang isterinya dan bibir yang pucat mulai berkata secara perlahan. “Susan, isteriku,” ia berbisik. “Suamiku, jangan berbicara, berehatlah.” “Susan, saya harus mengakui sesuatu,” ia berkata dengan lemah. “Tidak ada yang perlu di akui,” jawab Susan dengan bersedih. “Semuanya baik-baik saja, tidurlah,” kata isterinya sambil menangis. “Tidak saya ingin mati dengan damai. Susan, saya telah berlaku curang dengan kakakmu, teman baikmu, dan ibumu.” “Saya tahu… ,” jawabnya. “Kerana itulah saya meracuni kamu… ”
                
                
Cerita 9
Pada suatu ari, ada sorang anak dimarahi bapanya kerna tak lulus exam.. dalam report kad semuanya merah² belaka.. jd,
bapanya membanding²kan anaknya dengan anak jirannya yang
cerdik dan pandai… bapa : “kamu tak penah belajar ke? lihat
anak jiran sebelah, report card dia tak de pun merah². dia anak
yg cerdik..tak macam kamu, malas betull.. ” kerana kesal
dibanding² si anak menjawab: “yelaaaa bapa… anak jiran sebelah kan bapanya cerdik…..” bapa : ??
                
                
Cerita 10
Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan
segera untuk memesan minuman ringan. setelah pesanan sampai, mereka masing² keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan. pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan seraya berkata, “Maaf en, anda tidak dibenarkan memakan sandwich Anda sendiri di sini!”.. maka dua org sahabat itu berpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula menukar sandwich memasing…

SEKADAR HILANGKAN TENSION STUDY….HEHEHEH

Kategori:Santai