Arkib

Archive for the ‘Suami Isteri’ Category

Doa Isteri Buat Suami

Oktober 21, 2009 Tinggalkan komen

Amalkanlah wahai isteri-isteri…..(isteri lagi)

Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

  Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suaminya

Categories: Suami Isteri

Pringkat Isteri Di Sisi Allah

Oktober 21, 2009 Tinggalkan komen

Lagi nak cakap pasal isteri…

Peringkat-Peringkat Isteri Dalam Memberi Ketaatan dan Meminta Nafkah

1. Isteri Siddiqin

Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin.

Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin

Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

“Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada’. Para nabi dan syuhada’ iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah.”

Dipetik dari- http://motivasiustazrock.blogspot.com

Categories: Suami Isteri

Beware Of Woman

Oktober 19, 2009 2 comments

Pada Syurga Di Wajah Mu – Nash

JANGAN KAMU KAHWINI WANITA YANG MEMPUNYAI SIFAT-SIFAT INI…

1. “Annanah” – iaitu perempuan yang sentiasa mengadu sakit kepada suaminya, sering membalut kepalanya dengan ubat dan mengadu serta mengeluh pelbagai kesakitan yang dihadapinya.

2. “Mannanah” - iaitu perempuan yang suka mengungkit-ungkit budi baiknya yang telah diberikan kepada suaminya.

3. “Hannanah” – iaitu perempuan yang sudah benci kepada suaminya dan ingin kepada suami atau lelaki yang lain.

4. “Haddaqah” - iaitu perempuan yang ingin kepada tiap-tiap benda yang dilihatnya dan mendesak suaminya membeli benda tersebut.

5. “Barraqah” – iaitu perempuan yang menghabiskan masanya untuk bersolek-solek atau bermekap-mekap sepanjang hari tanpa melakukan kerja yang lain, serta mengahbiskan wang suaminya untuk perkara tersebut.

6. “Syaddaqah” - iaitu perempuan yang suka berleter dan merepek tak tentu hala, serta bercakap benda yang sia-sia dan tidak berfaedah.

Wallahua’lam…

Categories: Suami Isteri

18 Ciri-Ciri Suami Yang Soleh

September 8, 2009 Tinggalkan komen
  1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya
  2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin
  3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.
  4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
  5. Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
  6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya
  7. Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
  8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
  9. Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
  10. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.
  11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
  12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
  13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
  14. Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.
  15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
  16. Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
  17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
  18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

Categories: Suami Isteri

Hikmat di sebalik penciptaan Adam dan Hawa’

Julai 6, 2009 Tinggalkan komen
       

Sebutlah tentang “cinta” atau “hubb” nescaya tiada siapa yang tidak mengetahui tentangnya. Ia merupakan kalimah yang telah sedia maklum di kalangan pemuda dan pemudi sekarang, malah mereka mungkin dapat menghuraikannya dengan panjang lebar jika ditanya kepada mereka.

Cinta merupakan satu perasaan yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada setiap makhluk ciptaan-Nya. Mana mungkin manusia di muka bumi ini hidup tanpa memiliki walau secebis pun perasaan ini. Ini kerana cinta merupakan fitrah bagi setiap manusia. Cinta yang betul adalah yang disalurkan kepada yang berhak. Sudah pastilah yang berhak mengecapi cinta setiap insan ini adalah kedua ibu bapa mereka. Walau bagaimana pun ini tidaklah menafikan cinta pada yang paling berhak iaitu cinta kepada Allah dan rasul-Nya.

Sesetengah orang di luar sana mungkin menganggap apabila kita bercakap mengenai agama maka tidak ada sesuatu pun yang bernama cinta. Fahaman ini sememangnya bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Islam sendiri. Seperti apa yang kita semua ketahui,cinta ini bermula semenjak permulaan kehidupan lagi iaitu bermula daripada penciptaan Adam as. Nabi Adam as selepas diciptakan dan tinggal di syurga, dia merasakan seolah-olah ada sesuatu kekurangan. Oleh itu Allah swt telah menciptakan buatnya Hawa’ daripada tulang rusuknya sendiri sewaktu dia sedang tidur.

Apabila dia terjaga dari tidurnya, dia mendapati ada seseorang berdekatan dengannya. Kemudian Nabi Adam as bertanya: Siapa kamu?. Jawabnya: Aku seorang perempuan. Siapa nama kamu? Hawa’. Untuk apa kau diciptakan? Supaya engkau merasa aman dan tenang (litaskunu ilaiyya).

Jelas daripada perbualan Adam as ini bahawa setiap “adam” di dunia ini sehinggalah hari kiamat tidak akan ada ketenangan dan keamanan bagi mereka melainkan berada di sisi “hawa”.

Namun pelik sekali apabila kita membaca beberapa kitab yang memandang “hawa” dengan pandangan yang zalim. Mereka memandang wanita seolah-olah mereka bukanlah daripada jenis insan malah mereka meletakan martabat wanita serendah-rendah martabat. Malah ada juga yang berpendapat bahawa mereka adalah penyebab kepada kemaksiatan yang dilakukan oleh Adam as sehingga dihalau keluar dari syurga. Namun hakikatnya Al-Quran selamanya tidak mengatakan begitu malah meletakkan kedua-duanya dalam martabat dan tanggungjawab yang sama.

Firman Allah swt: “Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata :”Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini melainkan (kerana ia tidak suka) kamu berdua menjadi Malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam syurga)”.” (Al-A’raf :20)

Jelas daripada ayat tersebut bahawa syaitan tidaklah menghasut Hawa seorang bahkan kedua-duanya dan disebabkan itulah kedua-duanya diturunkan ke muka bumi setelah diusir dari syurga.

Diriwatkan selepas diusir dari syurga, maka Nabi Adam as telah diturunkan di Hind, manakala Hawa’ pula diturunkan di Jeddah. Ada juga yang mengatakan bahawa Adam as mencari Hawa’ sehinggalah mereka berdua bertemu di “Jabal Arafah”. Apabila diamati kita akan dapati bahawa kedudukan Arafah berdekatan dengan Jeddah dan amat jauh dengan Hind. Ini menunjukkan bahawa Adam as telah banyak mengharungi penat lelah dalam pencariannya untuk menemui Hawa’.

Apabila kita imbas kembali tentang penciptaan Hawa’ daripada rusuk Adam as ketika beliau sedang tidur dan tidak ketika beliau sedang berjaga, ini menunjukkan seolah-olah Adam as ketika itu berada di luar kawalan tubuh badannya. Walaubagaimanapun, menariknya di sini apabila kaum Hawa’ melahirkan anak, mereka berada dalam keadaan sedar. Oleh itu sesetengah orang berpendapat bahawa kaum Hawa’ mempunyai perasaan yang kuat berbanding kaum Adam, ini kerana mereka mampu menahan dan menanggung sakitnya pembedahan dan proses kelahiran tersebut walaupun mereka berada dalam keadaan sedar. Adapun Adam as tidak berada dalam keadaan sedar melainkan setelah sempurna dan selesai penciptaan Hawa’.

Dari sudut lain pula, Adam dijadikan daripada tanah dan Hawa’ dijadikan daripada tulang rusuk Adam iaitu daripada benda yang hidup. Oleh itu kita akan mendapati pergaulan ataupun kerja seharian kaum Adam di dunia ini banyak tertumpu ke arah sesuatu yang diciptakan untuknya sama ada dia akan menjadi seorang peniaga, mekanik, petani atau selainnya. Semuanya berlegar sekitar pergaulannya bersama bumi ini. Sebaliknya, kaum Hawa’ pula pergaulan mereka lebih banyak tertumpu  kepada ruhi, iaitu manusia. Mereka akan dididik dan menjadi ibu atau isteri atau anak yang solehah. Disebabkan itulah mereka dinamakan “Hawa’” kerana mereka dicipta daripada kehidupan.

Subhanallah, Maha suci Allah yang menciptakan setiap sesuatu. Setiap yang diciptakan-Nya semuanya mengandungi hikmah dan rahsia yang tersembunyi. Apabila makin banyak kita mengetahui tentang sesuatu perkara, maka kita akan dapat merasakan bahawa sebenarnya sangat banyak perkara yang kita tidak ketahui di sebalik setiap penciptaan Allah swt. Oleh kerana itu Allah telah bersabda dalam hadis Qudsi bahawa kajilah tentang apa yang Aku ciptakan dan bukan pada zat-Ku.

 

Categories: Suami Isteri
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.