Kelebihan 10 hari zulhijjah terawal
Samada sedar atau tidak…dalam kesibukan kita menjalani rutin kehidupan…kita sekarang telah pun berada dalam bulan yang terakhir bagi tahun 1430 hijriah.Ini bermakna sekali lagi pada tahun ini kita diberi peluang untuk mengutip kelebihan-kelebihan yang ada pada bulan ini…
Diantara kelebihan2 10 hari ini adalah seperti berikut:-
1. sabda Nabi s.a.w “ tidak ada hari-hari yang lebih baik di sisi Allah untuk dilakukan amalan kebaikan yang selain sepuluh hari terawal dalam bulan dzulhijjah “ para sahabat bertanya adakah jihad fisabilillah ( didalam hari yang selain sepuluh terawal dzulhijah ) tidak boleh menandingi amalan ( selain daripada jihad ) yang dilakukan pada hari sepuluh terawal tersebut.” Nabi bersabda” jihad pun tidak boleh menandingi melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya”(Hr Bukhari)
Ini menunjukkan ape2 amalan yg bukan jihad didalam 10ZH terawal lebih baik dari berjihad di mase2 yg lain melainkan jihad yg disebut oleh Nabi diatas.
2. Disunatkan memperbanyakkan zikir pd sepuluh hari tersebut. Firman Allah s.w.t:
“Dan mereka menyebut nama Allah pada hari yg tertentu” (28: al-Hajj)
Hari2 tertentu adalah sepuluh zul hijjah yg terawal menurut kebanyakan para ulama.
Dalam hadis telah menyebut:
“Tidak ade hari2 yg lebih hebat disisi Allah dan tidak ada amalan yg lebih disuka dilakukan pada masa tersebut melainkan 10 hari terawal zulhijjah . Maka perbanyakkanlah tahlil, takbir dan tahmid.”(HR Ahmad)
Ulama telah berkata:
Himpunan sepuluh terawal zulhijjah ini lebih baik baik daripada sepuluh terakhir ramadan sekalipun terdapat semalam dlm bulan ramadan (lailatul qadar) yg tidak dapat ditandingi oleh malam2 lain.
3. Diantara kelebihan semalam ini adalah Allah telah bersumpah dgn malam2 ini:
Firman Allah s.w.t: “Dan demi waktu fajar. dan demi malam2 yg sepuluh”(Al-Fajr: 10)
Nabi bersabda: “Sepuluh malam (dlm awal surah al-Fajr) adalah 10 hari terawal zulhijjah, ganjil adalah hari arafah dan genap adalah 4 hari yg disunatkan dilakukan ibadah korban (10-13zulhijjah).”(Hr Ahmad dan Nasaie)
Ulama telah berkata 10 malam ini adalah malam2 10 zulhijjah yg terawal.
4. Diantara kelebihan 10 hari ini adalah penutup bagi bulan2 tertentu dalam firman Allah:
Firman Allah: “Ibadah haji adalah dilakukan pada bulan2 tertentu”(Al-Baqarah: 197)
5. 10 hari ini adalah hari2 tertentu yg disebut al-Quran; dimana disyariatkan supaya kita menyebut nama Allah sebagai tanda bersyukur terhadap binatang2 yg telah Allah mempermudahkan sebagai makanan bagi manusia.
Firman Allah s.w.t:
“Dan serulah hai Ibrahim kepada hamba2ku supaya mereka menunaikan haji. Org2 yg pergi haji akan datang kepadamu dgn berjalan kaki dan menunggang unta yg kurus. Mereka datang dari seluruh pelusuk tempat yg jauh, supaya mereka mendapat manfaat bg mereka. Dan mereka menyebut nama Allah ketika menyembelih binatang pd hari2 yg tertentu sebagai tanda bersyukur terhadap binatang2 yg telah Allah berikan kepada mereka. Maka makanlah sebahagian daging binatang korban dan berilah kepada org yg susah lagi faqir. (27 dan 28: al-Hajj)
Kesimpulan: Marilah kita hidupkan 10 hari ini dgn amalan yg mulia sperti berzikir, puasa, solat malam dan sebagainya. Yg lebih penting kita melakukan kefarduan dgn smpurna dan meninggalkan kemaksiatan yg menyebabkan kita jauh dgn tuhan.
Rujukan: Tafsir al-Wadih oleh Sobuni dan latoiful maarif oleh Ibnu rajab.
Hukum Kahak Dalam Islam
Kahak(sputum) dlm istilah ulama Islam adalah: Lebihan yg tebal yg keluar dr dada/perut atau yg turun dari otak.
Dari segi perubatan pula adalah: Matter ejected from the lungs, bronchi and trachea, through the mouth. (bahan y dikeluarkan dr jantung, bronkiol dan trakea melalui mulut)
Hukum kahak dr segi najis atau suci.
Pendapat pertama: Kebanyakan ulama menyatakan kahak adalah bersih sekiranya ia keluar dari dada, turun dari kepala atau terbit dari hujung halkum(tekak).
Ulama berbeza pendapat sekiranya kahak yg keluar daripada perut atau yg kita panggil air liur basi kepada 2 pendapat:
1. Ulama mazhab syafie dan Abu Yusuf mengatakan ianya najis.
2. Mazhab Maliki, Hambali dan pendapat yg kuat dlm mazhab hanafi mengatakan ia bersih kerana ia dicipta dr dalam tubuh seperti kahak yg turun dr dada. Ini juga kerana Rasulullah s.a.w menyapu kahak dgn hujong kainnya ketika dlm Solat(Hr Bukhari). Oleh kerana yg demikian ia tak membatalkan wuduk walaupun keluar dari perut.

Hukum meluahkan kahak dan air liur di dlm masjid.
Kebanyakan ulamak mengtakan haram membuang dan seumpamanya kahak di lantai, dinding atau di ats tikar masjid. Nabi bersabda:
“Meludah di masjid adalah satu kesalahan dan dendanya(yg menghapus dosa) adalah dgn menanamnya(membuangnya).(Hr Bukhari dan Muslim)
Rujukan: Mausuah Feqhiah(Kuwait) volume 40 dan informer psl defenisi dr segi perubatan-thanks-.
Hina Nabi Muhammad – Jakim mesti siasat permainan Lego
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Hrkh) – Umat Islam di negara ini digesa supaya berwaspada terhadap barangan permainan lego yang diimport dari negara Denmark kerana didakwa menghina Nabi Muhammad s.a.w.
Seorang pembaca yang mengirimkan satu email kepada Harakah berkata, permainan tersebut turut dijual di negara ini.
Email tersebut turut disertakan dengan gambar permainan tersebut yang tertera perkataan ‘play as if you are prophet Mohammed contains 23 wives including 6 year old Aysha’.
Perkataan Halal juga ditulis pada permainan tersebut. Selain itu permainan tersebut ditulis dengan perkataan ‘made in Denmark’ 6+ dan ‘not suitable for girls’.
“Kita sudah maklum betapa kerasnya permusuhan kerajaan Denmark terhadap Islam. Khasnya dalam kontek memperlekehkan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,” katanya.
Pada Februari 2006 lalu umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia membuat bantahan berhubung penyiaran kartun yang menghina Nabi Muhammad s.a.w dalam akhbar-akhbar di beberapa negara Eropah.

Sebanyak 12 karikatur yang memaparkan imej Nabi Muhammad s.a.w, yang pertama kali disiarkan oleh akhbar Jyllands-Posten di Denmark pada September tahun 2005 dan kemudian diulang siar dalam akhbar-akhbar di beberapa negara lain, menimbulkan kemarahan dan kesedihan di kalangan jutaan umat Islam di seluruh dunia.
Justeru itu, kata, pembaca tersebut umat Islam diminta memboikot barangan tersebut demi kesucian agama Islam dan Nabi s.a.w.
Beliau juga meminta supaya Jakim dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyiasat barangan tersebut sebagaimana disebarkan melalui email. – mr
Maklumat Terkini – Terima Kasih kepada beberapa orang sahabat yang memberikan penjelasan dan bukti tentang hal ini. Sila lawati penjelasan syarikat LEGO di: http://parents.lego.com/news/2006-10.aspx
Potong Jangan Tak Potong
Iklan ‘potong’ jadi isu di Parlimen….
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengkaji penyiaran iklan P1 Wimax broadband yang menimbulkan kontroversi apabila menggunakan perkataan ‘potong’ secara berulang-kali dalam iklan itu.
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Saei Kie berkata kandungan iklan itu sedang dalam pertimbangan forum kandungan SKMM untuk menentukan sama ada ia bercanggah dengan kod kandungan yang sepatutnya.
“Bagaimanapun untuk makluman semua, iklan sebelum boleh disiarkan mesti mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya kementerian ini,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di peringkat dasar bagi kementerian berkenaan di Dewan Rakyat hari ini.
Terdahulu Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) mencelah penggulungan Heng bagi meminta kementerian menghentikan penyiaran iklan itu yang dikatakan boleh disalah tafsir.
“Bila kita kata potong ini… lucah sangat la… kita faham (tukar penggunaan talian internet kepada jalur lebar) tapi bagi sesetengah orang, potong itu maknanya potong itulah (merujuk kepada amalan bersunat).
“Saya ingat kalau boleh minta menteri iklan itu dipotonglah,” katanya.
Katalis
Salam dari celah almari….
Aku kembali…tanda aku masih hidup lagi. Syukur pada Tuhan. Tiada entri yang best untuk ku persembahkan kali ini (macamlah sebelum ni best). Sebenarnya aku seakan kekurangan masa untuk menulis. Sibuk dan menyibuk terlalu banyak mengasak jiwa seorang aku hingga sukar untuk ku luah segala terpendam. Ada kesempatan. Aku pilih lagu ini….ntah tak tau kenapa…dgr sambil layan assignment TMK…pergghhh !!!
Si Beloot : Assignment lom siap lagi woiiii….




